KECOH tersebar berita di media sosial facebook tentang pemberian bantuan kepada warga Felda Jelai 2, Gemas Negeri Sembilan yang ditarik balik sejurus selepas sesi bergambar dan rakaman TV3 dilakukan.

Perkara itu mula menjadi kecoh selepas berita berkenaan disebarkan dalam sebuah group yang menghimpunkan Warga Felda di Facebook.

Salah seorang anak Felda mempersoalkan mengapa bantuan yang telah diberikan kepada mangsa bencana ribut diambil semula dan diletakkan kembali di dalam kereta.

"Petang tadi pengurus Felda dan TV3 datang di Felda Jelai 2 Blok 20, temuramah isu bencana ribut dan sedikit sumbangan barang kering diberikan. Selepas sesi bergambar, sumbangan diambil dan disimpan semula dalam kereta, Apa teruk sangat wayang macam tu? Bukan kata nak bagi duit makanan pun diambil balik," tulisnya di group tersebut.

Salah seorang individu yang berada di tempat kejadian, saudara Mior Saiful memberi penjelasan lanjut mendakwa, pada awalnya beliau menyangka pengurus Felda bersama dengan TV3 datang untuk memberi sumbangan namun hakikatnya, hanya wayang semata-mata.

Pengurus Felda Jelai 2 didakwa mengambil dua bungkusan barang kering dari dalam kereta sebelum diserah kepada kawannya, namun selepas sesi bergambar barang itu diambil dan diletakkan semula di dalam kereta.

Beberapa orang saksi yang juga merupakan orang tempatan Felda turut tampil mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut Nurnajwa Hanisha, beliau merupakan anak peneroka Felda Jelai 2 Blok 1, beliau mengesahkan bahawa kejadian tersebut memang benar-benar berlaku. Dakwanya beliau baru sahaja balik dari rumah yang terlibat, tuan rumah mengharap badan buah yang tak jatuh jatuh.

Beberapa orang 'machai' bagaimanapun dapat dikesan dalam kiriman tersebut (machai ada di mana-mana heh!) yang cuba mempertahankan TV3 dan juga Pengurus Felda dengan mendakwa kiriman itu adalah fitnah, sekaligus meminta bukti gambar.

Justeru salah seorang individu yang berada di tempat kejadian memberikan bukti bergambar bagaimana Bantuan Bantuan yang telah diberikan dibawa pergi selepas sesi bergambar berlangsung.

"Kepada Maimun (seorang machai), Ini gambar sumbangan diberi kepada tuan (rumah) dibawa pulang balik, biar gambar berbicara, bukan saja-saja nak fitnah orang lain bulan-buoan puasa ini," tulisnya